Syarat Keahlian

 

  1. Wakil individu, syarikat dan sesiapa sahaja yang berdaftar serta masih berkuatkuasa dengan Syarikat-syarikat Takaful di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya layak memohon untuk menjadi ahli biasa.
  2. Individu, syarikat dan sesiapa sahaja yang tidak berdaftar yang berminat boleh juga menyertai persatuan ini sebagai Ahli Bersekutu. Ahli Bersekutu ini tidak mempunyai kuasa mengundi dan tidak boleh memegang apa-apa jawatan di dalam Persatuan.
  3. Ahli biasa boleh memohon sebagai Ahli Seumur Hidup dan kedua-duanya layak untuk mengundi dan diundi dalam Mesyuarat Agung. Bagi sesebuah syarikat ia berhak melantik seorang wakil untuk mengundi dan diundi.
  4. Setiap permohonan untuk menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
  5. Setiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas hendaklah menjelaskan bayaran pendaftaran dan yuran tahunan pertama seperti yang ditentukan untuk diterima menjadi Ahli Persatuan.

 

 

Galeri gambar

Watakmas.my