Yuran Pendaftaran

 

  1. Bermula 1 Mac 2011, bayaran pendaftaran dan yuran yang perlu dibayar adalah seperti berikut:

    A. Bayaran Pendaftaran RM30 ( Sekali Sahaja )
    B. Yuran Tahunan Ahli Biasa RM60 ( Individu )
    C. Yuran Tahunan Ahli Bersekutu RM120 ( Individu )
    D. Yuran Tahunan Ahli Bersekutu RM1,000 ( Syarikat )
    E. Yuran Tahunan Koperasi Berdaftar RM1,000  
  2. Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari Agung terlebih dahulu dalam tempoh 30 hari dari hari pertama tiap-tiap tahun.
  3. Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua (2) bulan dari tempoh 30 hari dari hari pertama tiap-tiap tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung atau wakilnya dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.
  4. Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga bulan dari tempoh 30 hari dari hari pertama tiap-tiap tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi Ahli Watakmas dan Majlis Eksekutif Watakmas (MEW) boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuas hati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu

 

 

Galeri gambar

Watakmas.my