maklumat watakmas

1.0 Apa itu WATAKMAS?

WATAKMAS ialah singkatan nama Persatuan Wakil Etiqa Takaful Malaysia. WATAKMAS didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966. Nombor Pendaftaran Pertubuhan WATAKMAS ialah PPM 1313.

 

2.0 Aktiviti Utama WATAKMAS

* Aktiviti utama WATAKMAS ialah menjaga kebajikan dan kepentingan ahli-ahli Persatuan yang terdiri dari wakil-wakil (agen-agen) Etiqa Takaful. WATAKMAS adalah merupakan platform utama untuk menjaga kebajikan wakil-wakil Etiqa Takaful Berhad. WATAKMAS juga menjadi pengantara di antara wakil-wakil Takaful dengan Pengurusan Kanan Syarikat Etiqa Takaful Berhad.

 

3.0 Kepimpinan WATAKMAS

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan WATAKMAS memilih Ahli-ahli Jawatankuasa yang dikenali sebagai Majlis Ekskutif WATAKMAS (MEW) yang terdiri daripada seorang Presiden, seorang Timbalan Presiden, dua orang Naib Presiden, tujuh orang Ahli Jawatankuasa dan seorang Pemeriksa Kira-kira. MEW kemudian akan melantik wakil-wakil negeri yang dipanggil sebagai Pengerusi-pengerusi Negeri.

 

4.0 Huraian Logo WATAKMAS

  1. Bentuk:

    Huruf W: Wakil Pengendali Takaful.
    Huruf M: Seluruh Malaysia.
    Empat Segi: Demi Agama, Bangsa, Negara dan Ekonomi.

  2. Warna:

    Hijau: Industri Kewangan Berasaskan Islam
    Putih: Ketelusan Menjaga Kepentingan Ahli
    Emas: Karier Wakil Takaful Yang Cemerlang

5.0 Pendapatan WATAKMAS

Pendapatan kewangan WATAKMAS terdiri dari dua sumber:

  1. Yuran ahli dan yuran tahunan.
  2. Pendapatan daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

 

6.0 Program-program utama WATAKMAS

Di antara program-program utama WATAKMAS ialah:

  1. Mengadakan majlis mesyuarat WATAKMAS dan Pengurusan Etiqa Takaful.
  2. Mengadakan Konvensyen Tahunan WATAKMAS.
  3. Menyatupadukan wakil-wakil Etiqa Takaful.
  4. Menyediakan maklumat terkini dalam mempertingkatkan karier wakil takaful.
  5. Menjadi jurucakap kepada kehendak wakil Etiqa Takaful.
  6. Menjadi platform yang penting kepada semua wakil Etiqa Takaful.
  7. Membantu Syarikat Etiqa Takaful Berhad dalam menghadapi isu dalam industri.
  8. Bersama Syarikat Etiqa Takaful Berhad untuk meningkatkan khidmat tadbir baik industri.

Galeri Gambar

Watakmas.my